Ahad, 7 Oktober 2012

Perisian BLOG?


Blog menggunakan perisian yang tertentu yang begitu banyak di pasaran sekarang samada yang percumam mahupun yang berbayar. Perisian blog ini dipanggil sebagai BLOGWARE atau BLOG SOFTWARE. Antaranya adalah seperti
blogger.com, wordpress.com, wordpress, bblog, tblog.com dan typepad.com

Terdapat dua jenis perisian blog iaitu kita menyewa ruang posting bersama dengan blog ( developer-hosted) atau kita memasang sendiri sistem blog tersebut di hosting kita sendiri (user-Hosted).

Bagi jenis yang pertamaiaitu developer-hosted, ada yang percuma seperti blogger.com, blog.com, tblog.com dan wordpress.com. Manakala yang berbayar pula adalah seperti typepad.com.

Bagi jenis yang kedua pula, iaitu pasang sendiri di hosting (user-hosted),
contohnya adalah seperti Woerdpress, B2evolition, Bblog, Blosxom dan Textpattern.

Banyak lagi perisisan lain atau sistem blog yang lain samada percuma atau berbayar, dan dibangunkan (create) di sever sistem atau dipasang sendiri.

Setiap jenis blog ada kekurangan dan kelebihan tersendiri dan setiap orang ada citarasa masing-masing samada mahu menggunakan yang berbayar, pasang sendiri atau yang percuma.

Antara kelebihan memasang sendiri blog adalah anda dapat menjimatkan kos, dapat mempelajari hal teknikal dan yang paling penting adalah, blog anda adalah hak anda 100% dan tiada sesiapa boleh memberhentikan blog anda daripada terus beroperasi melainkan undang-undang atau pihak tertentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan